Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat penting dalam pembangunan negara itu. Mereka perlulah sanggup berkorban jiwa dan masa untuk memastikan negara ini terus maju dan moden dalam tempoh yang terdekat itu. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung membuktikan bahawa remaja memiliki tugas berat dalam merealisasikan wawasan negara ini. Semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.
Peranan Remaja Sebagai Agen Pembangunan Negara
Tuesday, March 24, 2020
Peranan Keempat Remaja Dalam Pembangunan Negara
SIKAP KETERBUKAAN
Selamat sejahtera sekali lagi, harap semua sihat sejahtera. Peranan seterus yang kami ingin menyampaikan pada hari ini ialah remaja dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Dengan ini jelasnya kita boleh lihat sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya. Pelbagai cara remaja boleh mengamalkan sikap keterbukaan.
Antaranya ialah
- Anggota keluarga - menerima teguran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka.
- Pihak sekolah - menerima hukuman yang dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan rela jika melakukan kesalahan.
- Masyarakat - memperlahankan bunyi radio apabila ditegur oleh jiran.
Sunday, March 22, 2020
Peranan Ketiga Remaja Dalam Pembangunan Negara
BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
Peranan seterusnya yang kami cadangkan ialah remaja perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja harus proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari internet dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Oleh itu, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Pelbagai cara remaja boleh belajar bersungguh-sungguh.
Antaranya ialah
- Merancang dan belajar secara kumpulan.
- Menyediakan jadual waktu yang strategik dan mengikuti dengan tepat masa.
- Menghadiri diri ke kelas tambahan.
- Mengamalkan nilai tolong-menolong dan menolong kawan untuk memahami pelajaran.
Peranan Kedua Remaja Dalam Pembangunan Negara
SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN
Selamat sejahtera kepada semua pelawat blog, dalam post ini kami ingin menerangkan tentang peranan kedua yang boleh dilakukan oleh remaja untuk pembangunan negara. Sambutan Hari Kemerdekaan diadakan secara besar-besaran di seluruh negara setiap tahun. Remaja ditanggungjawabkan untuk menjaga kemerdekaan. Remaja boleh mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan di setiap taska dan tadika secara sukarela sebagai langkah penerapan sifat kemerdekaan dalam diri kanak-kanak sejak kecil. Remaja juga boleh mengadakan program ini dalam sekolah rendah, sekolah menengah dan IPT. Melaksanakan program secara sukarela boleh mengurangkan beban guru dan pensyarah yang menbolehkan mereka mengadakan PnP dengan lancar. Pelbagai aktiviti-aktiviti boleh diadakan semasa program ini.
Antaranya ialah
- Murid taska and tadika - Pertandingan mewarna poster, Pertandingan nyanyian lagu patrioitk
- Sekolah menengah and IPT - Pertandingan mendeklamasikan sajak, Pertandingan Kawat Kaki.
- Menyediakan video mengenai sejarah negara dan tokoh-tokoh yang memperjuang untuk kemerdekaan negara.
- Menerangkan Logo dan Tema Hari Kemerdekaan setiap tahun serta visi negara.
Sunday, March 15, 2020
Peranan Pertama Remaja Dalam Pembangunan Negara
KEMPEN KESEDARAN
Selamat sejahtera semua,kami ingin menerangkan cara peranan pertama yang boleh dilakukan oleh remaja untuk pembangunan negara sebagai agen pembangunan. Remaja boleh mengadakan kempen kesededaran di seluruh negara. Kempen kesedaran ini akan memupuk warga negara yang berwawasan ke arah membina sebuah negara maju yang seimbang dari segi pembangunan dan bersikap moral. Satu tangan tidak dapat mengeluarkan bunyi apabila menepuk, iaitu remaja perlu bersikap proaktif menjalankan pelbagai program dalam kempen ini untuk menarik minat semua warga negara.
Antaranya ialah
- Mempamerkan gambar-gambar dari muzium negara untuk pemandangan warga negara bagi membolehkan mereka mengenali negara kita dengan lebih baik.
- Menyediakan filem pendek tentang tokoh-tokoh berwibawa supaya dapat menjadi sebagai teladan kepada negara.
- Menjempat tetamu khas untuk memberikan ucapan motivasi kepada hadirin tentang jati diri dan mengamalkan moral seseorang kepada impak pembangunan negara.
- Memberi risalah kepada hadirin yang merangkumi gambar, kesan, langkah, dan sebagainya tentang pembangunan negara.
MORAL ASAS KEHIDUPAN
Moral
Contoh Remaja Bermoral
-Menegur kawan yang membuang sampah di merata-rata tempat. 🚮(⌐■_■)
-Menegur kawan yang memakai pakaian menjolok mata. 👗🥻¯\_(ツ)_/¯
Tuesday, March 10, 2020
PENGENALAN
❤MPU23142 PENDIDIKAN MORAL❤
E-FOLIO
TAJUK: 💖PERANAN REMAJA SEBAGAI AGEN PEMBANGUNAN NEGARA💖
AHLI KUMPULAN:
1) THANAVASAGAN
A/L VELAYUTHAM (25DDT19F1022)😁
2) PIRAVIN
A/L SUGUMAR (25DDT19F1018)😎
3) THEVAN
A/L RAJENDRAN (25DDT19F1184)😊
4) PREAMnagaa
a/l Ravichandran (25ddt19f1030)😃
Subscribe to:
Posts (Atom)