Peranan Ketiga Remaja Dalam Pembangunan Negara
BELAJAR BERSUNGGUH-SUNGGUH
Peranan seterusnya yang kami cadangkan ialah remaja perlu belajar bersungguh-sungguh untuk mencapai kecemerlangan dari aspek akademik. Kecemerlangan akademik merupakan salah satu elemen yang maslahat untuk melahirkan remaja yang berkualiti demi kepentingan negara. Intelek merupakan faktor perdana untuk menjana kecemerlangan tamadun bangsa. Remaja harus proaktif menimba ilmu bukan sahaja di dalam kelas tetapi juga menuntut segala pengetahuan, terutamanya ilmu Sains dan Matematik melalui pelbagai wahana, seperti membaca buku, melayari internet dan sebagainya. Ketekunan dan inisiatif merupakan prasyarat untuk mencapai kecemerlangan akademik. Remaja juga tidak harus terbuai dalam dunia yang mengalpakan, iaitu terlalu khusyuk dalam dunia hiburan atau mengamalkan hedonisme. Oleh itu, tanpa remaja yang bijak pandai maka pembangunan negara akan terbantut. Pelbagai cara remaja boleh belajar bersungguh-sungguh.
Antaranya ialah
- Merancang dan belajar secara kumpulan.
- Menyediakan jadual waktu yang strategik dan mengikuti dengan tepat masa.
- Menghadiri diri ke kelas tambahan.
- Mengamalkan nilai tolong-menolong dan menolong kawan untuk memahami pelajaran.
No comments:
Post a Comment