Kesimpulannya, semua remaja harus memahami tugas mereka amat penting dalam pembangunan negara itu. Mereka perlulah sanggup berkorban jiwa dan masa untuk memastikan negara ini terus maju dan moden dalam tempoh yang terdekat itu. Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung membuktikan bahawa remaja memiliki tugas berat dalam merealisasikan wawasan negara ini. Semua remaja mempunyai tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk menjana pembangunan negara kerana pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara. Remaja sebagai tunjang yang bakal menerajui kepimpinan negara kita haruslah merdeka daripada belenggu angkara sosial. Hanya remaja yang berkualiti akan memangkinkan kecemerlangan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak dapat menjadi realiti. Oleh itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Semoga negara kita dapat berdiri dengan gah di pentas antarabangsa bergandingan dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.
No comments:
Post a Comment