Peranan Keempat Remaja Dalam Pembangunan Negara
SIKAP KETERBUKAAN
Selamat sejahtera sekali lagi, harap semua sihat sejahtera. Peranan seterus yang kami ingin menyampaikan pada hari ini ialah remaja dapat memainkan peranan mereka untuk membangunkan negara dengan memiliki sikap keterbukaan. Hal ini kerana apabila golongan ini mempunyai sifat sedemikian, mereka lazimnya dapat menerima teguran dan pandangan orang lain. Dalam nada yang serupa, remaja seumpama ini dapat memberi kesan kepada negara kita. Mereka dapat menjamin kestabilan politik, ekonomi dan sosial negara. Mereka akan menjadi pendukung untuk mencapai perpaduan negara atau integrasi nasional demi mewujudkan kesejahteraan sosial. Mereka sentiasa mengamalkan sikap toleransi dan bertolak ansur untuk mencapai misi dan visi negara iaitu semua rakyat perlu bersatu padu di bawah satu bumbung yakni, satu bangsa satu bahasa dan satu negara. Dengan ini jelasnya kita boleh lihat sifat keterbukaan remaja sudah pasti dapat memudahkan mereka menjadi pemimpin yang mampu membangunkan negaranya dengan penuh komited dengan dipayungi perpaduan antara rakyatnya. Pelbagai cara remaja boleh mengamalkan sikap keterbukaan.
Antaranya ialah
- Anggota keluarga - menerima teguran daripada ibu bapa dengan hati yang terbuka.
- Pihak sekolah - menerima hukuman yang dijatuhkan oleh pihak sekolah dengan rela jika melakukan kesalahan.
- Masyarakat - memperlahankan bunyi radio apabila ditegur oleh jiran.
No comments:
Post a Comment